mood : rasa nak menulis pasal manusia pula. selalunya mood pasal diri sendiri. tapi post kali ini lain sedikit.
jeng jeng jengss. kali ini kurang emosi aku, so, tak boleh nk menulis beremosi macam selalu.gagagaga.
cuma rasa nak tulis merapu meraban sahaja.:P
topic : judging people.(ini topic sebenar.topic di atas cuma lakonan semata-mata.tiada kaitan antara antara yang hidup atau yang mati.hohoho)
kenapa aku tulis topic ini : sebab aku sendiri pon blur n confuse n tidak faham apabila orang berkata (atau aku sendiri pon pernah berkata " dont judge people ", " i dont like to be judged" dan lain-lain ayat yang terkandung perkataan "judge". pernah anda berkata ayat-ayat yang lebih kurang seperti itu?
tepuk dada tanya selera. ukur baju di badan sendiri ya? wah, ada kaitan kah? tak kesahlah kau orang nak kata apa, sebab kalau kau orang mengata aku, kau pon seorang yang judgemental (atau kalau ditranslatekan mental hakim) sebenarnya. haha, tapi aku tak kata pon salah untuk menjadi seorang hakim yang mental~ haha. kalau rasa macam mau termuntah sudah, jangan la teruskan pembacaan anda. risau kalau2 anda akan jadi mental pula dalam masa 2 minit 2 saat dari sekarang.
bagi yang masih kuat dan masih boleh mengikuti penulisan saya yang tak serupa budak yang belajar bahasa melayu sudah lebih 10 tahun ini, anda teruskanlah, saya kagum dengan penerimaan anda terhadap saya kali ini. haha.
okay. aku penatla merapuss. straight to the point lah, tak nak berputar-putar lagi seperti tarian twist, mari kita menari ago-go supaya kita lebih maju ke hadapan.(kan aku dah kata aku nak merapu kali ini).
cuba fikir, kalau kau orang kata, kau orang tak suka orang yang judge people, korang tak terfikir ke, korang pon sama macam orang yang kau orang kata tu juga. sebab kau orang TAK SUKA mereka. itu JUDGEMENT kau orang kat mereka itu. itu secara tak lansung melayakkan kau orang kau orang untuk menerima award JUDGEMENTAL OF THE DAY! yeay! tahniah diucapkan.
cuba flash back balik. mesti pernah melalai kejadian yang macam ini.
situation 1 : tren lrt / komuter / dsb
deskripsi kejadian : ada sekumpulan lelaki yang 'kureng' sikit( kau orang bayang sendiri ah. haha.kata deskripsi kejadian, tapi suruh bayang sendiri.ceh.)baru masuk tren.lepas tuh, kau mulalah, walaupun dalam hati kau orang cop mereka inilah, itulah, camtulah, camnilah. based on their appearance, kau pandai-pandai pula menentukan dalam diri kau orang, mereka itu manusia yang macam mana.kau rasa diorang macam kureng baik, lepas tu kau orang mulalah menjarakkan diri satu langkah demi satu, sehingga kau rasa jarak antara kau dan mereka dalam keadaan selamat.
situation 2 : kat bazar ramadhan.
deskripisi kejadian : kau teringin nk makan kuih cucur badak. lepas tu, dengan semangat yang berkobar, kau pergi dengan hati yang penuh harapan untuk mendapatkan cucur badak idaman hati. mata kau pon mulalah meliar ke sana sini, untuk mencari cucur badak idaman hati. tiba kat stall 1, aish, kau kata makcik cucur badak ni macam kurang cerialah, lepas tu kau malas beli sebab dalam hati kau terdetik 'macam ni cara nak melayan customer? aku tengah tengok cucur badak dia pon, dia buat tatau sahaja. aiseymen. tiba stall 2, kau tgk stall tu pula kurang menarik,so kau kata mesti tak best juga cucur badak ni. begitulah seterusnya, hingga tiba stall yang ke 122, kau pon da tak rasa nak makan cucur badak, tapi nak makan cekodok.mulalah pengembaraan kuih kau sekali lagi.
haaaaa.jangan tipu kau orang tak pernah lalui kejadian camni? sebab aku pon pernah.(ey, aku tak kata pon, judmental itu salah.aish.)
actually, aku tak rasa pon to be a judgmental itu salah. sebab itu hak inidividu, hak masing-masing. orang jadi judgemental, mungkin sebab orang tu mahukan yang terbaik untuk dia( seperti peminat cucur badak di atas) atau untuk keselamatan (seperti contoh lrt) dan berbagai sebab lain lagi. cuma janganlah kau stereotypekan semua manusia kat dunia ni mengikut certain2 kategori.
aku rasa semua orang judgemental. kalau kau kata 'aleen ni baik lah', kau membuat penghakiman juga kat orang yang bernama aleen tu sebenarnya walaupun kau kata dia baik. haa haa. jangan tipu kau tak pernah puji orang. haha.
cuma, sejauh mana kau judge orang,sama ada in a positive or negative way, itu yang membezakan setiap judgement itu sebenarnya. aku tak rasa ada masalah kalau judgement terhadap seseorang itu postive. cuma kalau negative, jangan lah kau terlalu over pulak dlm judge orang, macam kau tu lengkap serba-serbi, perfect macam kuah rojak mak bee. cuba kau letak diri kau dalam kasut mereka (to be in one's shoes la). cuba fahami mereka kenapa mereke act sedemikian.
kalau fikir-fikir balik, siapa kita kat dunia ini untuk TERLALU menghakimi manusia sampai melabelkan manusia ini jahat,kurang baik,dan lain2 yang sama waktu dengannya lebih-lebih lagi tanpa sebarang bukti yang kukuh?
macam mana kau kata orang tu jahat? kau boleh nampak ya warna hati dia?
siapakah kita? layakkah kita?
p/s : sebarang komen sangat dialukan-alukan.jangan la malu, janganla segan. yeah